Isnin, 9 September 2013

LINTAS LANGSUNG DARI MAHKAMAH PUTRAJAYA: PERTAHAN KALIMAH SUCI ALLAH


9.30AM: PEMIMPIN ISLAM BERI UCAPAN SEMANGAT


9.20AM : UMAT ISLAM SEMAKIN MEMBANJIRI PERKARANGAN MAHKAMAH


MUSLIMAH PERKASA DI SAAT PERTAHAN KALIMAH SUCI ALLAH SWT PAGI INI









Saudara-Saudaraku Muslimin dan Muslimat sekalian,

Ayuh kita turun berkumpul di hadapan Mahkamah Rayuan Putrajaya SEKARANG 10.9.2013 dengan berzikir, bertahmid, bertahlil dan laungkan takbir sambil menyatakan sokongan kepada barisan peguam Muslim yang berada di barisan hadapan mempertahankan kalimah Allah swt.

Beringatlah:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(Al-Baqarah (2) : Ayat 120)
 

Selasa, 9 Julai 2013

Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman Calun BN PRK Kuala Besut



Ketua Penolong Pengarah Bahagian Korporat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Dataran Kuala Besut, sebentar tadi dan disambut sorakan kira-kira 3,000 penyokong BN yang hadir.

Hadir sama pada majlis pengumuman itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said; Menteri Pelajaran II, Dato’ Seri Idris Jusoh dan para pemimpin parti komponen.

Dalam ucapannya, Muhyiddin yakin Tengku Zaihan adalah taruhan terbaik BN untuk pengundi di DUN Kuala Besut berdasarkan pengalaman luas beliau dalam jabatan kerajaan dan boleh diterima rakyat khususnya golongan muda.

Tegas beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya BN, pemilihan Tengku Zaihan dibuat selepas melalui proses pemilihan yang ketat apabila disaring berkali-kali oleh pucuk pimpinan parti.


“Saya yakin ini adalah calon terbaik. Memang kita janjikan kepada pengundi bahawa kita akan letak calon terbaik. Calon yang diterima oleh semua,” ujar beliau.

Tengku Zaihan ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak yang memilih beliau sebagai calon pilihan raya berkenaan yang disifatkannya sebagai ‘pilihan raya kecil yang besar’.

Anak kelahiran Kampung Nail, Kuala Besut yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berjanji akan membela nasib rakyat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN tersebut.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera dan penyokong BN kerana memberi sokongan kepada saya demi rakyat Kuala Besut,” katanya yang juga ahli UMNO Cawangan Seri Seratus.

Tengku Zaihan sebenarnya telah banyak memainkan peranan membantu masyarakat kawasan berkenaan ketika berkhidmat sebagai Jurutera Daerah JPS Besut.

Sumber-Melayu Blues

Isnin, 8 Julai 2013

Mustapha Ali Calun PRK Dun Kuala Besut??


Kehadiran Mustapha Ali tidak disenangi oleh penyokong2 PAS Kuala Besut.Mereka berkata masalah moral Pemimpin PAS akan menjejaskan kredibiliti, integriti dan maruah parti.Penyokong PAS Dun Kuala Besut tolak parti yang mempermainkan Islam serta mengamalkan assobiyah.


Calun PAS yang akan bertanding di PRK Kuala Besut mungkin akan dibayangi oleh masalah moral pemimpin mereka.Calun yang berwibawa pun pasti kecundang dengan kehadiran pemimpin yang ada masalah moral.Lebih baik tidak bertanding dan memberi kemenangan percuma kepada BN sebagaimana saranan Dato' Seri Idris Jusoh.

Klik sini untuk seterusnya

Melayu UMNO Harus Berubah Atau Diubah


Dalam menghadapi suasana politik yang tidak menentu bagi menghadapi PRU 14 nanti,seruan berubah perlu disambut dari segenap lapisan ahli UMNO terutamanya pemimpin2 yang menerajui UMNO diperingkat Pusat,Negeri dan Bahagian serta Dun.


Sebagaimana seruan TPM,perubahan hendaklah sebetulnya bergerak dari peringkat atasan hingga ke akar umbi.Laungan lagu perubahan mesti dilagukan diperingkat pemimpin tertinggi parti bukan hanya didodoikan kepada akar umbi.Harap pemimpin bangkit sebelum akar umbi, demi keutuhan dalam parti UMNO.

Klik Sini

Rabu, 3 Julai 2013

Menteri UMNO Vs Timbalan Ketua Pemuda PAS


KUALA LUMPUR 3 Julai - Kerajaan digesa supaya tidak sesekali tunduk kepada tekanan pertubuhan hak asasi manusia terutama dari luar khususnya berhubung pelaksanaan hak menukar agama dalam kalangan penganut Islam dan kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).


Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) berkata, penentangan terhadap tuntutan itu penting bagi memastikan kesucian Islam sebagai agama Persekutuan terus terpelihara selain tidak mahu umat Islam tempatan, rakyat keseluruhan serta pembangkang dicemari nilai negatif.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu mempertahan dan memperjuangkan konsep hak asasi manusia seperti diperkenalkan Nabi Muhammad SAW dalam Piagam Madinah kira-kira 1,400 tahun lalu yang selari dengan amalan demokrasi moden.

"Saya difahamkan daripada sumber tidak rasmi bahawa kerajaan terima tekanan daripada pelobi-pelobi hak asasi manusia luar negara.

"Mereka menuntut pelaksanaan hak asasi manusia yang nyata bertentangan dengan Islam seperti untuk bertukar agama, pindah agama atau murtad selain hak mengamalkan kegiatan-kegiatan yang tegas dilarang agama seperti LGBT," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda Pas itu turut memperjelaskan kepada dewan bahawa Islam merupakan agama universal yang memberi rahmat kepada sekalian alam dan undang-undang agama itu terpakai kepada seluruh umat manusia.

"Umat Nabi Muhammad bukan sahaja penganut Islam tetapi penganut agama lain juga umat junjungan besar Rasulullah.

"Cumanya, umat Islam mendapat kebahagiaan di dunia dan di akhirat sementara penganut lain mendapat kebahagiaan di dunia, jadi kesaksamaan Islam itu boleh dilaksanakan," katanya.

Dalam pada itu, Nik Mohamad Abduh turut mengingatkan kerajaan supaya melaksanakan dasar belia dengan cara sentiasa mencabar mereka melakukan perkara-perkara yang berani selari dengan Islam.

Katanya, pembangkang sentiasa bersedia bekerjasama dalam memastikan program perkembangan belia dilaksanakan menurut agama tersebut.-utusan


KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz tidak bersetuju dengan cadangan akta penukaran agama kanak-kanak secara satu pihak sahaja dengan mengatakan ia tidak adil kepada bukan Islam.

Beliau berkata, adalah tidak adil bagi satu pihak saja untuk menentukan agama seorang kanak-kanak di bawah umur kepada Islam.

"Sebagai seorang peguam dan beragama Islam, saya tidak selesa dengan situasi ini," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata sebagai seorang yang beragama Islam dan pemimpin di negara ini, 'adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melindungi kaum minoriti dan memastikan hak mereka dilindungi."

"Saya percaya apa yang berlaku pada hari ini adalah menangguhkan masalah yang lebih besar," katanya.

Beliau dimintas mengulas mengenai cadangan pindaan ke atas Seksyen 107(b) Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 untuk membenarkan salah seorang ibu bapa memadai untuk menukar agama kanak-kanak kepada Islam.

Antara lain, Rang Undang-Undang itu membenarkan mana-mana individu berusia di bawah 18 tahun untuk menukar agama kepada Islam sekiranya salah seorang ibu bapa atau penjaga mempersetujuinya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kepada semua parti bahawa mereka akan diberikan penjelasan sebelum sebarang keputusan dibuat mengenai perkara itu.-mStar

Isnin, 1 Julai 2013

KEJAM! WANITA DISEMBELIH OLEH MAFIA (GAMBAR DAN VIDEO)


VIDEO DISINI! http://www.kari-ngeri.com/wanita-disembelih-oleh-los-zetasLIHAT

Menurut sumber tidak rasmi,wanita ini dikatakan disembelih oleh mafia kerana suaminya yang berhutang kepada mafia gagal melunaskan hutang tersebut dan akibatnya isteri beliau telah membayar hutang tersebut dengan nyawanya.

Di bawah ini merupakan gambar sedutan sahaja.dan jika ingin melihta video mafia sembelih wanita ini boleh masuk ke link yang telah disediakan kerana admin tidak sampai hati mempamirkan video ngeri lagi kejam ini di blog ini kerana tidak sesuai ditonton umum.jadi amaran kepada anda-anda semua supaya sila fikir dua kali sebelum mengklik link video tersebut kerana dikhuatiri sebarang perkara tidak diingini akan berlaku!.



Rabu, 26 Jun 2013

PAS Letak Mustapha Ali Bertanding PRK DUN Kuala Besut???


Belum pun genap dua bulan PRU-13 selesai, politik tanahair sudah membahang semula kehangatannya bila mana berlakunya kekosongan di DUN Kuala Besut, Terengganu berikutan kematian penyandangnya dari BN.

SPR selaku badan rasmi pengendali pilihan raya sudah pun mengeluarkan kenyataan rasmi akan ada PRK di DUN terbabit dan tarikh muktamad bila hari pencalonan dan bila tarikh pengundiannya akan diputuskan dalam masa terdekat.

Sebagaimana penulis ulas semalam, PRK DUN Kuala Besut merupakan penentu kesinambungan kepada pemerintahan BN di negeri Pantai Timur itu. Ia akan menguji sejauh mana kuatnya sokongan rakyat kepada Kerajaan BN Terengganu di mana seandainya BN kekal menguasainya maka selamatlah BN dari dugaan yang mencabar.

Bekalan kemenangan majoriti 2,434 undi pada PRU-13 walau pun selesa tapi ia bukan jaminan untuk BN, lantaran itu amat perlu untuk BN memanfaatkan segala kekuatan bagi menafikan peluang PAS untuk merampas kerusi tersebut.

Maksudnya, jika BN kalah dalam PRK itu maknanya kedudukan dalam DUN akan tergantung kerana penguasaan BN merosot kepada 16 kerusi DUN sementara PAS pula meningkat dari 14 kepada 15, ditambah dengan satu kerusi DUN milik PKR menjadikan jumlahnya sama seperti BN.

Jika berlaku senario itu, maka nasib BN sebagai Kerajaan Negeri bergantung penuh pada undi di tangan speaker sebagaimana dijelaskan oleh rakan penulis, saudara Adamyan dalam perenggan keempat di pautan berikut (klik sini).

Itu lebih dari mencukupi untuk menjelaskan betapa PRK DUN Kuala Besut amat penting dan BN memang terdesak untuk memenanginya kembali demi kesinambungannya serentak dengan itu mempertahankan maruahnya sebagai Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, di pihak PAS tentunya tidak akan berdiam diri sebaliknya parti itu tentu sahaja akan menggandakan usaha meraih undi bagi meningkatkan peluang merampas DUN Kuala Besut dari BN.

Dari satu segi ia kelihatan sukar, namun dunia politik tiada yang mustahil lebih-lebih lagi di saat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terdesak untuk membuktikan kepimpinannya masih efisien, berpengaruh dan layak untuk terus menerajui parti.

Menang di DUN Kuala Besut bermakna ia satu pengiktirafan yang akan menjamin kesinambungan Hadi sebagai pemimpin utama PAS sekali gus memudarkan usaha-usaha terancangan kumpulan Anwarinas yang mahu menyingkirkannya dari jawatan Presiden.

Andai PAS kalah apatah lagi tewas dengan majoriti yang lebih besar, ia satu bahana yang bakal merobek maruah Hadi dan orang yang akan tersengih gembira tentunya Naib Presiden PAS, Husam Musa.

Berdasarkan senario ini baik BN mahu pun PAS, kedua-duanya terdesak untuk membuktikan kehebatan pengaruh di PRK DUN Kuala Besut kerana ia bukan sekadar soal kemenangan dan kesinambungan, tapi ia adalah pertaruhan yang melibatkan maruah.